Tapi kali ni aku tringin sgt cakap pasal ceramah. Yup, ceramah. to be specific, religious talks.
Apa ni? ceramah agama pun xmau dengaq. hati batu ka apa?
Bukan3.. Aku suka dengar ceramah agama. dari kecik aku suka. kalau masa kecik2 dulu, aku suka sgt bila penceramah crita pasal nabi2 (selalunya time sambutan maulidur rasul ada la) dan aku ingat kebanyakan crita sampai sekarang. Alhamdulillah.
Akan tetapi walaubagaimanapun hendaknya, (gila hiperbola) as i grew older, i noticed that most of the talks have made me feel awkward, unpleased and sometimes, annoyed. Yes, Annoyed. religious talks yang aku respect dulu, dah makin pudar.. mana perginya smua itu? (syahdu). yang aku pasti, religious talks dah jadi kurang mengancam dan membina semenjak aku menjangkaui usia remaja.
I speak with reasons. masa aku form 5, berlaku lah satu kes yang mana satu pasangan telah ditangkap kerana melakukan kesalahan. aku xmau describe. tapi gara2 kejadian tu, semua budak2 perempuan kena berkumpul kat dewan dan masya allah, tekanan yang dialami dalam dewan tu cukup menyeksakan jiwa bila cikgu2 terutaman ustazah2 yang makin emotional melepaskan segala yang terbuku di jiwa. at the end of the session, budak2 perempuan yang ada diasingkan mengikut "kategori";
i) ada boyfriend/ ada mana2 lelaki di hatinya xkira abg atau adk angkt janji yg bukan saudara yang ada pertalian. (bukan mahram)
ii)suci dan murni/ xdak boyfriend atau yg sekutu dengannya.
masa ni aku kena. cess..
utk budak2 yg ada relationship, kena tulis nama n nama lelaki yg bkenaan siap dgn keterangan2nya sekali. utk girls yang xkapel pulak, dikehendaki angkat sumpah supaya x mengadakan relationship sampai tamat sekolah.
aku faham sangat2, niat murni cikgu2 utk mengekang (cewah) aktiviti2 yg kureng dlm kalangan pelajar di sekolah. tapi sampai sekarang, aku persoalkan tindakan tulis nama dan angkat sumpah tu.
aku ignore benda tu sampai laa aku sambung study kat arau yang tercinta ni..
macam yang aku dah predict, aktiviti kerohanian kat arau ni agak meluas. from an angle, aku salute students yang bertungkus lumus menjayakan segala bagai aktiviti yang termampu. but from another point of view, i am deeply frustrated. yup.
kecewa tu aku gambarkan macam ni:
bayangkan, anda pergi ke satu2 majlis ilmu dgn niat yang sehabis baik (walaupun kena paksa dengan AJK kolej utk participate) dan bila dengar setiap bait bicara yang dilontarkan dengan penuh perasaan oleh penceramah menghentam setiap perbuatan muda mudi yang ada sekarang. dan pitching penceramah berkenaan tu amat tinggi dan mungkin kalau bukan disebabkan aku ni student, aku dah p dekat2 dgn beliau dan bisik kat dia:
"cik, macam ni ke nabi berdakwah dulu?"
aku x menentang niat baik atau tujuan ceramah tu diadakan. yang aku nak bangkang ialah CARA PERLAKSANAAN.
menurut pandangan mata khilaf aku ni, aku merasakan bahawa style perlaksanaan dakwah dlm negara kita ni masih di takuk yang lama. kita pun kalau makan nasik, nak ada jugak kuah2 lauk2 yg berbeza2 tetiap hari. itu makanan jasmani kita. kalau makanan rohani, sama tanpa ada perubahan, mungkin akan disuap jugak tapi x kenyang. paham x aku cakap apa?
maksud aku, kalau kita makan bnda yang sama tiap2 hari, memang kita akan merasakan jemu thap melampau. nasik, contohnya. kalau dah hari2 makan, lauk tom yam (favourite aku sejak menengah), sampai satu detik ni, mesti kita akan rasa muak nak makan, dan kalau makan pun sekadar makan, setakat bagi x lapar dan bukan utk mengenyangkan(puas).
macam tu jugak dgn makanan rohani kita. style yang sama diaplikasi dlm pelbagai ceramah. dan sampai satu masa tu, aku rasa dah hilang "kepuasan" atau nikmat yang aku pernah perolehi dulu kalau aku attend mana2 religious talks.
aku xtau sama ada hati aku ni keras ke apa, (nauzubillah) tapi yang pasti aku rasa kebanyakan students xdapat mesej yang sepatutnya mereka dapat. tambah2 kebanyakan ceramah akan ulang benda2 macam isu kapel and aurat, dan selalunya budak2 perempuan akan dilanyak bagai ngan apa kalau isu ni tiba2 "naik". bab pregnant luar nikah, baby tepi jalan, hal pakai baju adik, pakai tudung, kaler rambut, stokin, memang panas telinga mendengarnya.
kalau pendakwah tu say something like "adik2 xboleh buat mcm ni mcm tu..dosa.. kalau banyak dosa masuk neraka.." sejuk jugak laa mendengarnya..tapi kalau dah over sampai "orang perempuan aurat seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan..! kena pakai stoking, bedosa nanti! hampa mau dok tayang body hampa kat jantan2 ni...."bla3.. sapa tahan derr..
sekali lagi aku nak tegaskan, aku xdak masalah pun dengan aktiviti kerohanian yang ada. aku suka. tapi ubahlah sikit cara perlaksanaan tu ha.. bagi kretif sikit.. ni lah masalah orang kita.kalau dan bentuk empat segi, empat segi lah jugak.. bagi laa jadi bulat ke, lonjong ke, bentuk pentagon ke.. ni x.. nak jugak potpet2 macam yang dok ada.. memang laa keluar habis segala hadis naqli dan aqli yang ada, tapi, kalau lagu p.ramlee pun susah nak dengar kat radio, kecuali klasik nasional and so on, macam mana nak ajak eminem xpun justin bieber peluk islam? (aku over)
orang kita terlalu disogokkan dengan idea2 lapuk, dan restictions yang melampau2. aku bagi contoh. selalu sangat aku dengar: muzik haram. sebab?
*dah dinyatakan dalam Al Quran kecuali...
*hiburan2 ni datangnya dari barat dengan usaha untuk melemahkan pegangan orang Islam, menjatuhkan maruah Islam dan penganutnya, memperkotak katikkan konsep ketuhanan yang ahad dalam Islam, etc..
aku xsuka statement yang kedua.
satu benda lagi yang aku xsuka ialah bila ada hamba Allah yang dengan gah nya berkata2:
"ilmu2 yang ada di barat semuanya dicedok dari tamdun Islam yang terdahulu"
abang/kakak oii...
apa motif kalian berkata2 sedemikian? memang la ilmu yang ada di barat tu semua sedia maklum bahawasanya ia dicedok dari tamadun Islam termasuklah muzik sndiri.
"Kalau orang barat boleh cedok, manipulasi dan guna segala penemuan cendekiawan2 Islam yang terdahulu dan claim yang itu hak barat, kenapa kita xboleh manipulate ilmu barat untuk conquer bidang2 ilmu yang ada?"
itu fikiran aku. tapi apa aku kata tadi? restrictions. sekatan2 yang orang2 kita cipta sendiri untuk menghalang kejayaan anak bangsa sendiri. aku xsokong sangat inndustri muzik negara kita ni. tambah2 cara pakai.. senak mata tengok. tapi yang aku impressed sgt kalau dari segi pembaharuan muzik, aku sokong maher zaen.
tapi sila dengar betul2. muzik yang memuji2 Allah dan selawat2 ke atsa junjungan kita Rasulullah ada bunyi violin (bertali), kibod (ustazah kata haram sebab boleh buat bunyi bertali)/ piano and so on. jangan dengar, nanti dosa pulak sebab dengar bunyi lagu ada alat bertali.
bagus lah macam tu, kita duduk senyap2, teruskan produce lagu patah hati putus cinta, dan biar je barat conquer industri muzik dunia. kita kan xboleh main muzik.
secara overallnya, aku akan kata yang aku impressed dengan segala usaha untuk meningkatkan akidah and whatever objectives yang kita nak capai konon2nya. tapi aku sangat xberpuas hati dengan cara perlaksanaan. orang kita xcukup kreatif untuk maju dengan air tangan sendiri. macam ceramah, boleh je guna video instead of slide show and such. slide show tu pulak, mesti ada gambar bayi kena buang, gambar kapel yang diambil dari belakang and kalau nampak muka dikaburkan, gambar minah pakai tudung tapi nampak panties etc...dah xde modal lain agaknya..
motif aku post bnda ni? saja. aku bosan bila aku xjadi kretif.
ok lah.. aku nak p berangan kut2 dapat create lagu yang bleh lawan Eminem dgn Justin Bieber.