Thursday, December 30, 2010

Ciri2 Bakal Suami Dunia Akhirat ;)


assalamualaikum and happy greetings! ;)

kebelakangan ni, banyak gila kes2 pnderaan kan? physically, or mentally towards women and children. paling x tahan dengar, kisah penderaan rumah tangga. hmmm.. kadang2 terfikir jgk, apa pasal laa bini2 tu xpilih calon suami yang baik2? then it comes across my mind : LOVE. it blinds them. okay, apa2 pun jom kita checkout ciri2 yang patut ada dlm diri seorang lelaki yang anda boleh jadikan teman hidup.

1. lelaki yang ada pegangan agama.
rasanya ciri2 ni yg paling basic sekali yang seorang pompuan patut tgk.. suami (ooppss...! bakal suami) yang ada pegangan agama ni secara totalnya boleh jadi seorang ketua keluarga dan pemimpin yang baik seperti yang diidam2kan para wanita.. tapi beringat laa jgk, kalau suami anda keluar berdakwah setahun balik seminggu, itu bkn lagi pengorbanan namanya. itu mengambil kesempatan atas nama Islam. tanggungjawab suami harus dilunaskan pada keluarganya terlebih dahulu sebelum berjihad kerana sebaik2 jihad yang dilakukan oleh seorang suami ialah terhadap keluarganya dahulu.kalau si suami keluar berdakwah dan meninggalkan anak2 seramai 15 org utk bininya, itu penyeksaan.

2.lelaki yg bersifat melindungi
bygkan masa anda dlm kesusahan dan si dia datang membantu, ohh sangat romantik! mcm filem pulak.. ;D lelaki yang bersifat melindungi ni bukan sahaja akan mlindungi si perempuan daripada sebarang benttuk ancaman luar (external environment) dan ancaman "dalaman" yakni dirinya sendiri. seriously, lelaki yang keep on suruh gf dia bpakaian sebaik mungkin (faham2 ikut cara sendiri) adalah sangat..ahhh... cair ok..! haha.. tringat masa visit satu blog ni, si penulis (lelaki) yang akan kahwin dgn tunang dia mnceritakan betapa exitednya beliau sbb bakal kahwin dgn pujaan hati. ayat yang mmbuatkan aku terfikir "oh, specialnya pompuan ni" ialah

"sumpah aku exited gila nak kawinn! aku nak tgk mcm mana muka dia kalau xpakai tudung! ya Allah, tolonglahh dia ada RAMBUTT...!"

haha..comel gila...Sah2 laa kalau xda pnyakit apa2 insya Allah tunang dia ada RAMBUT.

3. lelaki yang penyabar dan penyayang.
kalau pada peringkat awat perhubungan anda dengan si dia, dan dia sudah menunjukkan sifat2 marah dendam yang berapi2 laksana gunung merapi, maka sila jangan kawin dengan dia. bahaya! silap2 kemaluan anda boleh ditores hanya sbb dia marah sangat. atau, anda kena simbah dengan asid getah ke, apa2 jela yang kimia mimia nii kan..xpun, anda boleh terus dibelasah dan akhirnya smpai ke bilik mayat. innalillah.. lagi dramatik, sila mintak bantuan jennifer love hewitt (ghost whisperer)utk tlg cakap kat suami anda. -apa laa aku mrepek nih..
seriously lelaki yang nampak sifat2 sayangkan kanak2 ni hensem! haha.. para lelaki, sila syg kanak2.. kami(perempuan) suka, sbb lmbat laun lelaki2 akan bertukar jadik bapak2.. kalau sekarang pacar anda xboleh tahan bunyi budak2 kecik, dan jodoh anda adalah dengan beliau, sila jangan beranak. haha.. nanti anak anda kena simpan dalam stor kat blakang umah, sebelah rumah kucing.. jangan3..ok?

4. lelaki yang bertanggungjawab.
suami harus bertanggungjawab zahir dan batin. kalau ckp benda ni ja, confirm yang terbayang ialah "batin" fizikal. haha.. xcaya? sila tanya kawan2 lelaki anda. kalu dia xmngaku, dia malu jee tu..malu tu, perisai orang beriman! ;D tanggungjawab batin suami bukan terhadap batin fizikal semata2 ye..batin tu termasuk laa dengan perasaan kasih sayang terhadap isteri, membuatkan isteri merasa disayangi di samping suami.so, rajin2laa tolong bini buat keja rumah.. kiteorang nanti nak ada kerjaya, bukan utk tolong orang lain, tolong awak jugak wahai bakal2 suami. kalau masa becinta lagi dah tunjuk aksi2 pemalas tahap baloq liat, sila jangan kawen dengan beliau.. haha..
tanggungjwab zahir termasuk menyediakan apa yang patut lah, utk si isteri. sebenarnya bila ditengok balik, kawin ni best! tapi disebabkan xmau mama kata aku gatai nak kawen, buat sementara waktu ni biar aku kata kawen ni "xbest" dulu. haha.

5.lelaki yang bersedia utk perubahan demi kebaikan.
yang ni, macam berat sikit la. paling senang, 'contoh example macam' bila someone ni minum nescafe dua kali sehari, nak tukar habit jadik dua hari sekali. susah oo... ;D bila seorang lelaki bersedia untuk berubah demi kebaikan bersama, itulah lelaki yang terbaik untuk seseorang wanita. seorang lelaki akan bersedia utk mngubah cara hidup, contohnya kerja lagi rajin utk keperluan isteri dan anak2, dari xpernah tolong kerja2 rumah kepada sikap ringan tulang.. itulah suami yang terbaik dunia, insya Allah akhirat nanti.

pesanan untuk gadis2 yang punya buah hati di luar sana, (termasuk diri sendiri), kalau pernah "terroverr" atau "tersilap langkah" bersama beliau dan anda sedar akn kesalahan anda, cuba bawa berbincang dengan dia. kalau dia xsuka dengan keputusan anda, sila blah cepat2 sebelum anda mengeluarkan seorang manusia di dalam tandas seorang diri. kalau dia bersedia untuk berubah, sila kawen dengan dia. perbuatan salah terdorong daripada hawa nafsu, and its never too late to repent as long as it's before your death atau masa tibanya Hari Pengadilan kelak.

ada seorang pernah bercerita, masa beliau ke kursus kahwin sebelum kahwin dulu, bliau terkejut apabila mendapati bahawa;

"kerja2 rumah seperti lap cermin, kemas2 rumah, vacum lantai dsb sebenarnya adalah kerja SUAMI."

haha..sumpah aku suka.. manakala;

"tugas isteri pula hanya mnecantikkan diri di hadapan suami dan mentaati suruhan suami. bagaimanapun, adalah DIGALAKKAN agar para isteri MENOLONG suami melakukan kerja2 tersebut."

"melakukan kerja2 rumah adalah adat agar para isteri melakukannya, tapi dalam Islam, kerja rumah ialah tanggungjawab suami.."

hahahahaha..

mungkin lepas pergi kursus kawen nanti akan ada ramai lelaki yang wish dia ada vagina kot.;p dan benda ni "made sense" bila aku fikir phrase "tanggungjawab lelaki ni berat".

apa2pun, kedua2 pihak kena main peranan. xsalah ikut adat asalkan xbertentangan dengan syarak. bagi air sejuk kat suami pun ada pahala. sapa nak bagi anda anugerah sikit punya tingi tu kpd wanita kalau bukan DIA? jom kita ambik peluang ni (nanti).;D
apa2 pun, skrg kita jaga diri kita, siblings and parents kita dulu, right?

i just hope one day, dia yang menjadi suami utk aku akn melihat aku dengan rasa ketenangan di dadanya. isteri yang perfect utk suami ialah apabila suami melihatnya dalam keadaan baik (bertelekung), akan wujud rasa kelapangan dalam dirinya. dan bila dia mngucup ubun2 aku sesudah solat berjemaah, akan timbul rasa syukur dalam hatinya. dan rasa itu, insya Allah akn membuatkan dia semakin bersemanagt nak semayang! bukan senang nak buat tu, kalau anda bukan isterinya yang sah. semoga kita bakal memperolehi jodoh yang baik2..amiinn... (bila aku nak kawen niii?)

*maybe sebab aku nak masok 20thn, tu yang jadik gini kot? haha :D

4 comments:

  1. hahahahhaha! terkekekak aku gelak dengan post hg ni !!

    ReplyDelete
  2. kerja rumah semua tanggungjawab suami ? haha.
    nak kawen sebab nk tgk rmbut bini? hehe
    adoi la. jap. nak gelak :D

    ReplyDelete
  3. wewewewewewewewewew... lalalallalala....hahahaha...nananananna...mamamammamamama.. addeyh...sewel dah..

    ReplyDelete
  4. fie: mereng2 twenty..adehh...
    myra: syok kan tau fakta tu? ada bahan..
    dilla: apa pasai dalink?

    ReplyDelete